BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 2 November 2011

Ini Kisahku

Alhamdulillah...
Akhirnye dapat jugak aku konvo untuk pertama kalinya.. Seronok sangat. Rase macam dunia ini ana yang punye. he3. Inilah cita-citaku sejak kecil lagi. tengok orang lain konvo..aku pon mesti konvo jugak. Knape orang lain boleh aku tak boleh??? Akhirnye tamat sudah pengajian Diploma ku. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ini.


Selepas tamatnye SPM, aku dikehendaki melaporkan diri ke Kem Sentosa Chenderiang, Tapah Perak untuk Program Latihan Khidmat Negara. Bermastautinlah aku di sana selama 3 bulan. Seronok sangat sepanjang berada di sana. Macam-macam aku dapat belajar. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengalahkan musuh, kemahiran meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran meningkatkan stamina diri. Rase sekejep je kat sane. 
Yang paling aku terkejut, bile aku sampai je umah, Umi & Papa terus tunjuk surat tawaran untuk melanjutkan Diploma in Accountancy di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota.Aku terdiam, sbb rasenye aku tk pernah mintak sambung study dalam jurusan akaun.Mmg aku tk minat . Sangat3 tk minat.  Dulu, mase SPM aku amik aliran sains. .. 


Semase sem 1 kat sane, aku cuba belajar akaun sehabis daya ku. tapi tk taula kenapa aku rase macam itulah subject paling SUSAH dalam dunia ni. ha3. mungkin sbb perasaan kite je sebenarnye. Kadang-kadang aku terpikey jugak nk quick je tapi sbb ingatkan ni harapan umi n papa , so aku teruskan perjuanganku. Aku tk nk mereka kecewa dengan aku. Aku nk buktikan yang aku pon boleh!!! bile result sem 1 keluar, 1st result yg aku tgok akaunlah. alhamdulillah aku LULUS. 
Bile naik sem2, aku masih pening lagi duk pikey pasal akaun ni. Tibe2, ade kelas Pengajian Islam . Seorang Ustaz masuk ke kelasku  & taaruf. bile dah selesai die tanya la kitorang kos ape dan macam-macam topic lagi yang disembangkan. Tiba-tiba Ustaz tu berdiri di depanku dan tanya "awak minat tk kos ni"? ya Allah.. mase tu aku rase mcm...tktau la mcm mane..
Aku dengan semena-menanya jawab tak minat. Pas 2 Ustaz terusla bagi ceramah . ha3.... disebabkan aku..satu kelas kene dengar ceramah free2 je..Kah3...tapi banyak yang aku dapat dari ceramah free tu. 
  1. bagi aku semangat untuk teruskan belajar dlm bidang ni
  2. kata ustaz"sesungguhnye sesuatu yang berlaku itu datangnya dari Allah".
  3. ade hikmah di sebalik segala yang berlaku
  4. ape yang berlaku kepada kite mungkin yang terbaik untuk kite 
Itulah antara perisian yang aku dapat daripada ceramah Ustaz tu. Bile aku balik dekat bilik, aku pikey balik ape yang ustaz 2 cakap. Aku terus tanamkan azam dan semangat yang aku akan teruskan berjuang hingga ke titisan darah ynag terakhir. Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas. tanpa aku sedari aku dah pon berada di akhir semester... gembiranya aku ...akhirnye,  alhamdulillah aku berjaya tamatkan pengajian diplomaku yang pada suatu ketika dulu aku anggap sebagai bebanan bagiku.

"Ya Allah, sesungguhnya aku sangat bersyukur  dengan nikmat anugerah kurniaanMu"

Tibanya waktu yang aku tunggu2 iaitu Majlis KONVOKESYEN. Aku mendapat surah jemputan dari pihak Kolej yang menyatakan majlis gilang-gemilang ini akan diadakan  pada 23 Oktober 2010(Sabtu) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC). begitu seronoknye aku. Hanya Allah yang tahu.Pada hari berlangsungnya majlis itu, aku sangat gembira memakai jubah yang aku impikan sejak dulu lagi...    

Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih  Umi & Papa...
Terima kasih  Sir & Madam..
Terima kasih  Rakan-rakan seperjuangan....
Terima kasih  Kolej Profesional Mara....

with my lovely family.....



0 comments: